Header Ads

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37

Raja Prihatin, Rakyat Bersyukur



BANDAR SERI BEGAWAN, Mei 21, 2020 - Walaupun negara masih lagi dilanda penularan wabak COVID-19, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak melupakan rakyatnya dan telah berkenan mengurniakan Kurnia Peribadi Baginda kepada rakyat Baginda di seluruh negara bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.

Mereka yang menerima adalah terdiri daripada beberapa golongan termasuk Orang-Orang Berkeperluan Khas, Anak-Anak Yatim, Orang Fakir Miskin, Penerima Bantuan Kebajikan Bulanan. 

Menurut ibu kepada Nurtashrah Aafiyah Azham Binti Haji Hamdillah, beliau sangat bersyukur dan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM di atas kurnia peribadi yang diberikan buat anaknya dan mendoakan semoga Allah melindungi Baginda Sultan di atas keprihatinan Baginda.

Nurtashrah Aafiyah Azham Binti Haji Hamdillah
Penerimaan kurnia tersebut merupakan kali kedua Nurtashrah Aafiyah Azham menerima sebagai golongan orang berkeperluan khas. Ibunya menjelaskan kurnia peribadi tersebut akan disimpan untuk kegunaan masa depan anaknya nanti.

Sementara itu, Farisha Nur Farahiyah Julkifli, 14, juga menerima kurnia peribadi pada tahun ini. Ibunya menjelaskan sebahagian daripada kurnia peribadi Baginda akan disimpan dan selebihnya adalah untuk kegunaan dan perbelanjaan anaknya nanti.

Farisha Nur Farahiyah Julkifli. (Ig: Lyza_jull_hmj)
Sebagai wakil kepada Farisha, beliau menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas kurnia berkenaan dan sudah setentunya membantu anaknya pada masa akan datang nanti.

Sementara penerima golongan Orang Berkeperluan Khas (OBK), Abdul Azim, 22 telah menerima kurnia Peribadi Baginda pada tahun ini. Sebagai wakil daripada Abdul Azim, keluarganya sangat bersyukur dan melahirkan rasa gembira kerana golongan seperti Abdul Azim juga tidak dilupakan menerima kurnia Baginda Sultan bersempena Hari Raya Aidilfitri. 

Abdul Azim bin Salleh
Begitu juga dengan penerima berusia 63 tahun, Pengiran Ramlah binti Pengiran Shahbudin tidak menyangka beliau turut menerima kurnia Peribadi Baginda Sultan pada tahun ini dan pada kali ini merupakan tahun ke-9 beliau menerimanya.

Pg Ramlah bte Pg Shahbudin
Dengan adanya anugeraha itu, mereka masing-masing akan dapat menyimpannya dan untuk kegunaan perbelanjaan yang diperlukan. Mereka tidak lupa mendoakan semoga Allah membalas jasa Baginda Sultan dan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas kurnia baginda ini.

Ekslusif Media