Header Ads

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37

Teka-Teki Letupan dijawab - Hasil dari letupan Meteor

BANDAR SERI BEGAWAN, 1hb Februari 2021 - Sebilangan penduduk dan rakyat Negara Brunei Darussalam telahpun dikejutkan dengan bunyi letupan dan berikutan dengan sedikit gegaran di beberapa lokasi sekitar jam 11 pagi kelmarin.

Beberapa pengguna sosial media mengadu soalan mengenai apakah yang menyebabkan bunyi letupan dan ada yang memberitahu mereka merasa sedikit gegaran. Letupan tersebut telahpun menimbulkan sebarang spekulasi orang awam. 

Atas kejadian tersebut, siaran media Pusat Kajigempa Kebangsaan Brunei yang dikeluarkan kelmarin menyatakan tidak ada sebarang bencana alam yang berlaku di negara ini. 

Walau bagaimanapun, dalam dua siaran Media Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam bahawa beberapa saksi menyaksikan bebola api berpecah dan menyebabkan letupan kuat dan meninggalkan sekumpulan asap di langit. Dan saksi kedua telah merakam pecahan meteor yang sangat terang melalui Kamera Papan Depan Kenderaan (Car-Dash Cam). Rakaman tersebut bolehlah disaksikan menerusi http://www.bruneiastronomy.org/YouTube. 

Oleh itu, orang awam tidak perlu panik atau menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan ketenteraman awam.

Sumber gambar: @bruneiastronomi.


Eksklusif Media