Header Ads

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37

Perginya Seorang Hafazan Muda Brunei, Faten Asyikin Hasrin

 


BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Berita pemergian salah seorang bekas pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Faten Asyikin Hasrin telah diumumkan oleh ibunya kemarin petang dan jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Lambak Jalan 2 iaitu bersebalahan dengan Allahyarham neneknya, semalam.

Pemergian Allahyarhamah Faten Asyikin sememangnya telah meninggalkan kesan kepada orang ramai. Allahyarhamah merupakan salah seorang pesakit Kanser Osteosarcoma yang mana dia pernah berjaya melawan Kanser Osteosarcoma Tahap 4 sebelum ini.

Allahyarhamah pernah mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan selama lebih kurang 10 bulan pada tahun 2020. Semasa rawatan, Allahyarhamah telah mengajar pengikutnya erti kekuatan, redha dan ikhlas kerana dapat melawan penyakitnya itu, Allahyarhamah terpaksa dipotong kaki kanannya hingga ke lutut sebelum kansernya merebak ke tempat lain.

Dalam instagrammnya (@sushibbaby) 18 Ogos yang lalu, memberitahu bahawa dia dikejutkan dengan berita ketumbuhan satu cell tumor di paru-parunya setelah membuat imbasan CT (CT Scan) pada Januari 2021. Tumor tersebut telahpun merebak sehingga menutup salah satu saluran pernafasannya dan menyebabkan paru-paru sebalah kirinya terturun (collapsed).

Antara perubatan yang perlu Allahyarhamah lakukan adalah untuk membuat kemoterapi atau radioterapi namun ianya memakan masa yang panjang. Walau bagaimanapun, dia telah menolak rawatan tersebut atas dasar kesihatannya.

Pada malam Jumaat (semalam), ibunya, Ct Aleys telah mengumumkan di sosial media ‘BIDADARI IBU DAH PERGI MENINGGALKAN KITANI’ pada sebelah akhir petang semalam telah membuka mata orang ramai khususnya penduduk Brunei dan terkesan dengan pemergiannya Allahyarhamah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Aamin…

Eksklusif Media