Header Ads

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37

Kerjasama dalam Meningkatkan Kepentingan Kebersihan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac — Bagi membantu menjaga kesejahteraan dan keharmonian kampung, kempen bantuan kebersihan telah dijalankan di salah sebuah rumah penduduk di Kampong STKRJ Katok B.

Dengan keadaan rumah yang sangat kotor dan tidak terjaga, Pemangku Ketua Kampong STKRJ Katok B, Kpt (B) Pg Muhd Redzuan bin Pg Hj Said bersama beberapa agensi terdiri daripada ahli-ahli dari Jawatankuasa Kampung, Malam Minggu Pusat Belia (MMPB), sukarelawan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan beberapa orang persendirian telah mengadakan kempen bantuan kebersihan, baru-baru ini.

Adapun tujuan kempen tersebut adalah untuk memastikan kesihatan penghuni dan jiran tetangga yang mana rumah tersebut penuh dengan sampah sarap dan tidak terjaga.

Kempen tersebut merupakan kali pertama dijalankan oleh komuniti kampung. Walau bagaimanapun rumah tersebut pernah dibersihkan oleh kakitangan Sekolah Menengah Katok sebanyak dua kali iaitu pada Tahun 2018 dan 2019 tetapi keadaan rumah tersebut berbalik kotor seperti sebelumnya.

Rumah tersebut telah dipilih berdasarkan laporan daripada pengetua Sekolah Menengah Katok. Jika keadaan rumah yang telah dibersihkan dan kotor kembali, tindakan susulan akan dibuat kepada mereka (penduduk) untuk membuat kaunseling melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Dengan adanya kempen tersebut, ianya diharap untuk membuka hati penduduk dan komuniti dalam sikap pemedulian jiran tetangga dan tidak camah mata agar keadaan kampung sentiasa dalam keadaan bersih dan kondusif.

Eksklusif Media