Header Ads

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37

Program Asas Paintball Kebangsaan Tarik Minat Masyarakat Umum


BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac 2021 – Seramai 17 orang peserta terdiri daripada 13 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan telah mengikuti Program Asas Paintball Kebangsaan yang diadakan di Paintball Arena Jerudong, baru-baru ini.

Program asas paintball kebangsaan ini telah melibatkan 6 orang Pembantu Jurulatih Paintball Kebangsaan dan seorang Ketua Jurulatih Paintball Kebangsaan untuk menunjuk ajar ke semua modul-modul latihan yang dijalankan.

Program Asas Paintball Kebangsaan adalah salah satu program pembangunan sukan paintball khusus untuk sektor Sukan Untuk Masyarakat (SUM), yang dianjurkan oleh Persatuan Paintball Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PANTAS) melalui Program Wira Bolkiah. Program ini merupakan kali pertama diadakan.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan dan mengajar teknik asas permainan paintball kepada masyarakat umum bagi menarik minat masyarakat untuk terus bergiat aktif dalam
sukan paintball dan sekaligus untuk mencungkil bakat-bakat pemain atau atlet paintball baru di Negara ini.

 

Modul-modul latihan asas yang diperkenalkan dalam program asas paintball kebangsaan adalah seperti Tatacara memegang penanda paintball dengan betul {“proper marker handling”), Tembakan tepat dalam berbagai-bagai kedudukan, Asas Tembakan Sentap (“Snap shooting”) dan juga memberi pengenalan kepada paintball bunker dengan kaedah “field layouts”.

    Melalui program tersebut, ianya diharap untuk terus merancang dan melaksanakan program-program pembangunan dan aktiviti-aktiviti sukan paintball untuk kedua sektor iaitu Sukan Untuk Masyarakat dan Sukan Prestasi Tinggi. Walau bagaimanapun tumpuan tersebut akan lebih diberikan kepada sektor Sukan Untuk Masyarakat bagi memperkenalkan sukan paintball ini kepada masyarakat umum agar sukan paintball ini akan menjadi salah satu sukan yang digemari di Negara ini di masa akan datang.